Tanggal 17 Apr merupakan tarikh keramat dalam sejarah kehidupanku sebagai pelajar sarjana. Aku telah menyelesaikan tanggungjawabku sebagai pelajar dan lebih-labih lagi buat nusa bangsaku yang tercinta, Brunei Darussalam. Tugas dan amanah itu terlalu barat untuk dipegang kerana menyahut cabaran untuk memikul amanat paling besar di muka bumi itu sebagi khalifah Allah.
Pengalaman yang begitu manis sekali kerana tahun ini adalah semester akhir pengajianku di menara gading, insya Allah. Syukor ke hadrat Illahi, kerana dengan limpah dan rahmat-Nya jua maka tugasan peperiksaan yang dijalankan berjalan dengan lancar. Bukanlah Gred A yang dikejar tetapi kepuasan dalam mengikat ilmu yang digarap dalam hujah-hujah tinta akan menjadi bekal di hari depan.
TUNTUTLAH ILMU BERSUNGUH-SUNGGUH
DISERTAI HATI YANG PATUH
IBARAT TANAMAN PASTILAH TUMBUH
DAPATLAH NIKMAT BUAH DILURUH
kekuatan semangat dan ketabahan hati dalam mendapatkan sumber ilmu pasti akan membuahkan hasil. Dengan doa yang berkat semoga akan mendapat Rahmat dari-Nya jua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bile nak kawen shahrin oit?
ReplyDeletedah2 la tue blaja..hehehehe..
add aku yek lam list membe ko..huhu..check it out..~
ReplyDelete