Saturday, April 18, 2009

Jalan Cahaya


Bermula gemilang Cahaya
petunjuk pimpinan yang esa
menempuh jalan hidup di dunia

Cabaran yang datang silih berganti
dugaan mematangkan diri


pengalaman adalah guru yang paling beharga
berjuang dan bekorban demi cinta
mengenal makna dan tanda jalan bahagia
berjuang dan bekorban mencari iman taqwa

mengecapi hakikat Illahi Cinta
Ya Tuhan
Ya Allah
Ya Rahman
Ya Rahim
semoga selamat bersama-Mu, Ya Rabb


besyukor atas kurniaan-Mu

Iman di hati
sabar menjadi
kompas dalam diri



Bersama-Mu kupunyai segala
dari segala yang ada di dunia


Kurniakanku petunjuk bantuan
dalam menempuh kehidupan
agar tidak akan sesat dalam haluan
Cinta yang sejati, Ya Illahi Rabbi
itulah Ababdi


Moga diriku kan selamat
selama-Nya dibawa rimbunan berkat
selimutkanku dengan kalimat-kalimat rahmat
hembusan embun iman yang maha hebat
ADI SWARA
Mt. Kiara, Damansara
2April 2009

Peperiksaan Berakhir

Tanggal 17 Apr merupakan tarikh keramat dalam sejarah kehidupanku sebagai pelajar sarjana. Aku telah menyelesaikan tanggungjawabku sebagai pelajar dan lebih-labih lagi buat nusa bangsaku yang tercinta, Brunei Darussalam. Tugas dan amanah itu terlalu barat untuk dipegang kerana menyahut cabaran untuk memikul amanat paling besar di muka bumi itu sebagi khalifah Allah.
Pengalaman yang begitu manis sekali kerana tahun ini adalah semester akhir pengajianku di menara gading, insya Allah. Syukor ke hadrat Illahi, kerana dengan limpah dan rahmat-Nya jua maka tugasan peperiksaan yang dijalankan berjalan dengan lancar. Bukanlah Gred A yang dikejar tetapi kepuasan dalam mengikat ilmu yang digarap dalam hujah-hujah tinta akan menjadi bekal di hari depan.
TUNTUTLAH ILMU BERSUNGUH-SUNGGUH
DISERTAI HATI YANG PATUH
IBARAT TANAMAN PASTILAH TUMBUH
DAPATLAH NIKMAT BUAH DILURUH

kekuatan semangat dan ketabahan hati dalam mendapatkan sumber ilmu pasti akan membuahkan hasil. Dengan doa yang berkat semoga akan mendapat Rahmat dari-Nya jua.

Alihkan MATAMU ke laut yang dalam,

AIRNYA cantik membiru dan PENUH KETENANGAN

Tapi hanya ALLAH SAHAJA YANG TAHU rahsia di dalamnya
Begitulah dengan kehidupan manusia; RIANG KETAWA

Tapi HANYA ALLAH SAHAJA YANG TAHU rahsia KEHIDUPAN ini


Jika RASA KECEWA, pandanglah ke SUNGAI, AIRNYA TETAP MENGALIR

BIARPUN BERJUTA BATU MENGHALANG


Jika RASA SEDIH PANDANGLAH ke LANGIT,

AKAN SEDAR BAHAWA ALLAH SELALU BERSAMAMU...